arena

Melaka ikat PDRM

Oleh Nazri Abu Nakar

 

MELAKA: PDRM tampil dengan corak meyakinkan untuk mengikat Melaka United (MU) 2-2 pada aksi kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Selepas aksi hambar kedua-dua pasukan sepanjang 45 minit pertama, The Cops membuka jaringan menerusi sepakan penalti Woonsub Sim pada minit ke-49 selepas Shahurain Abu Samah dijatuhkan pertahanan MU.

Gol terbabit jelas mengejutkan skuad HangTuah yang memasukkan Yahor Zabovich menggantikan S Sivanesan bagi menghidupkan jentera tuan rumah.

Kecemerlangan Khairul Fahmi Che Mat menjadi penyelamat gawang pasukan MU daripada dibolosi lebih banyak gol ketika rakan sepasukan beraksi serba tidak menjadi tanpa kelibat ketua jurulatih E Elavarasan yang mengikuti kursus di Indonesia.

Kelonggaran pertahanan tuan rumah terus terhukum menerusi jaringan kedua pemain gantian Nabil Ahmad Lafti pada minit ke-78 perlawanan.

MU merapatkan kedudukan menerusi Olusegun Ifedayo pada minit ke-86 dan Zubovich menyamakan kedudukan pada minit ke-93.

Disiarkan pada: August 17, 2018 @ 11:32pm
d