arena

Patut panggil dia 'kapten' Pogba - Giggs

Oleh Agensi

MANCHESTER: Ryan Giggs percaya Paul Pogba mampu meraih faedah daripada tugas sebagai kapten di Manchester United.

Pemain Perancis itu tampil sebagai kapten United sewaktu mereka menewaskan Leicester City 2-1 sewaktu ketiadaan Antonio Valencia dan menjaringkan penalti dalam aksi yang meletakkannya sebagai pemain terbaik perlawanan.

Hubungan Pogba dengan Jose Mourinho berdepan masalah musim panas ini biarpun pengurus United itu mengesahkan dia tetap gembira dengan pemain Perancis itu.

Giggs bagaimanapun percaya Pogba perlu menggalas lebih banyak tanggungjawab dan percaya Mourinho boleh membantu peningkatan pemain itu dengan memberikannya tugas kapten.

“Saya rasa semua orang mengenalpasti kualiti yang dimiliki Paul Pogba dan dia menempuhi kempen Piala Dunia yang cemerlang, jadi selepas menjuarainya ia satu pengiktirafan terhadap apa yang boleh dibawanya kepada pasukan,” kata Giggs.

“Dari luar dia kelihatan seperti seorang pemimpin tetapi apa yang tidak kita lihat adalah konsistensi seperti Bryan Robson dan Roy Keane, jadi tanggungjawab tambahan itu jelas sekali akan mengekalkan tahap permainannya.

“Kapten yang pernah mengetuai pasukan saya mempunyai konsisitensi seperti itu dan masih mampu menyumbang biarpun ketika prestasi hambar dan saya tidak ragu dia akan mencapai tahap konsistensi buat United dan menjadi pemain hebat.”

Mourinho mengesahkan bahawa Pogba akan sekali lagi menyarung ikat lengan untuk kunjungan ke Brighton tetapi menengaskan Valencia masih kapten kelab.

Pemain berusia 33 tahun itu tidak beraksi susulan kecederaan hamstring tetapi kembali berlatih hari ini.

 

Disiarkan pada: August 18, 2018 @ 3:07pm
d