arena

'Saya akan kekal bersama The Blues...'

Oleh Reuters

LONDON: Penyerang Chelsea, Eden Hazard berkata dia tidak mempunyai perancangan untuk meninggalkan kelab Liga Perdana itu sebelum jendela perpindahan Eropah berakhir pada penghujung bulan ini. 

Pemain Belgium itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sepanjang musim ini tetapi susulan kejayaan 3-2 Chelsea ke atas Arsenal semalam, pemain berumur 27 tahun itu berkata dia mahu kekal di London.

“Saya baik saja di sini. Kita lihat apa yang berlaku dalam tempoh setahun atau dua tahun ini,” kata Hazard kepada RMC Sport.

“Pergi tahun ini? Saya tidak akan pergi. Semua orang tahu apa yang saya katakan selepas Piala Dunia – tetapi saya gembira di sini.”

Dengan jendela perpindahan di England sudah berakhir, Chelsea tidak akan dapat menggantikan Hazard jika beliau berpindah.

“Ia akan menjadi sedikit ganjil jika mereka menjual saya sekarang sementara mereka tidak mempunyai pengganti,” kata Hazard.

Chelsea akan berkunjung ke Newcastle United bagi perlawanan Liga Perdana minggu hadapan.

Disiarkan pada: August 20, 2018 @ 2:03pm
d