arena

Serena teraju bayaran tertinggi

Oleh Reuters

LONDON: Serena Williams muncul atlet wanita yang menerima bayaran tertinggi buat tahun ketiga berturut-turut berdasarkan laporan Forbes untuk tahun ini.

Serena yang kembali menyertai kejohanan Mac lalu selepas melahirkan anak pada November, meraih AS$62,000 (RM254,045) susulan kemenangan tahun lalu namun menerima AS$18.1 juta (RM74.16 juta) daripada portfolio sokongan yang tidak dapat ditandingi atlet wanita lain.

Serena yang mempunyai misi untuk menyamai rekod 24 gelaran grand slam milik Margaret Court menjelang aksi di Terbuka Amerika Syarikat, 27 Ogos hingga 9 September ini, meraih dua kali ganda bayaran berbanding atlet wanita lain, kata Forbes.

Pemain Denmark, Caroline Wozniacki yang meraih gelaran sulung grand slam di Terbuka Australia tahun ini, berada di tangga kedua senarai dengan gabungan pendapatan AS$13 juta (RM53.27 juta) manakala juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens ketiga, AS$11.2 juta (RM45.89 juta).

Pemain Sepanyol, Garbine Muguruza mempunyai pendapatan AS$11 juta (RM45.07 juta) dan Maria Sharapova dari Russia AS$14.5 juta (RM43.02), melengkapkan senarai lima tertinggi.

Pemain badminton India, PV Sindhu meraih AS$8.5 juta (RM34.83 juta) dan pemandu sukan permotoran empat roda, Danica Patrick AS$7.5 juta (RM30.73 juta) adalah pemain bukan dari sukan tenis yang berjaya memecah kelompok 10 tertinggi.

Jun lalu, Forbes mengeluarkan ranking 100 atlet yang menerima pendapatan tertinggi namun tidk disertai seorang pun atlet wanita.

Disiarkan pada: August 22, 2018 @ 2:14pm
d