arena

9 negara pilih undian manual

Oleh Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain

JAKARTA: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) gembira usaha untuk menjalankan undian secara manual mendapat sokongan negara bertanding.

Menurut Pengurus Besar PESAKA, Datuk Osman Nok, sembilan negara menyatakan sokongan berbanding undian elektronik apabila delegasi teknikal menyuarakan mengenai cara undian.

“Ia sesuatu yang melegakan kerana sembilan negara memilih untuk ia dijalankan secara manual, empat memilih elektronik dan tiga memilih berkecuali,” jelasnya.

Tambahnya, walaupun undian manual lambat, ia dapat memuaskan hati PESAKA kerana yakin ia lebih telus.

“Secara kebetulan beberapa pesilat negara mendapat laluan yang agak mudah,” katanya.

PESAKA menyuarakan rasa kurang senang sekiranya undian elektronik dijalankan kerana meragui ketelusannya.

Pencak Silat yang diletakkan sasaran meraih tiga emas akan memulakan cabaran esok di Padepokan Silat dekat Taman Mini Indonesia Indah.

Disiarkan pada: August 22, 2018 @ 8:46pm
d