arena

Kuartet renang baiki rekod kebangsaan

Oleh Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain

JAKARTA: Kuartet renang 4x100 meter gaya bebas lelaki negara memecahkan rekod kebangsaan pada final acara berkenaan di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Gandingan Lim Keith Sern, Welson Sim, Chan Jie dan Foong Wei Tze mencatat masa 3 minit 21.06 saat (s) tetapi menamatkan saingan di tempat keenam.

Acara berkenaan dimenangi kuartet Jepun yang memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 3:12.68s seterusnya memecahkan dominasi China di kolam renang.

Catatan rekod lama kebangsaan ialah 3:21.79s dicipta pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Saya amat gembira memecahkan rekod kebangsaan ini kerana kami memang ke sini bagi memecahkannya.

“Kami sudah lama bersama dan kejayaan ini memang amat bererti,” kata Welson.

Welson melalui temasya kali ini agak berbeza apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 800m yang bukan kegemarannya.

Dia bagaimanapun gagal dalam acara kegemarannya semalam sebelum bangkit pada malam ini dalam acara berganti-ganti.

“Memang semalam hari yang buruk buat saya tetapi saya bersama rakan dapat menebusnya hari ini,” katanya.

Disiarkan pada: August 22, 2018 @ 9:35pm
d