arena

Korea ke suku akhir

Oleh AFP

 

Jakarta: Son Heung-min semakin hampir menuju ke pingat emas Sukan Asia yang bakal menyelamatkannya daripada khidmat ketenteraan, apabila Korea Selatan mara ke suku akhir selepas berhempas pulas menewaskan Iran.

Korea Selatan yang juga juara bertahan menewaskan Iran 2-0 dalam aksi hebat di Cikarang, untuk pertemuan berikutnya menentang Uzbekistan yang tidak kurang hebatnya.

Hanya pingat emas yang dapat menyelamatkan penyerang Tottenham, Son, 26, daripada pengecualian menyertai khidmat ketenteraan selama 21 bulan yang mungkin akan menjejaskan kariernya.

 Hwang Ui-jo, penyerang yang berpangkalan di Jepun membuka jaringan pada minit ke-40, yang juga kelima dalam temasya sukan itu hasil hantaran  Hwang In-beom.

Penyerang Gamba Osaka itu, seperti juga Son, berdepan peluang terakhir mengelak khidmat ketenteraan.

Lee Seong-woo, penyerang berusia 20 tahun yang diletakkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan itu menggandakan jaringan pada minit ke-55, menyambut bola yang gagal ditangkap kemas sebelum meledak gol.

Lawan mereka selepas ini Uzbekistan, yang menang mudah ke atas Hong Kong 3-0, masih belum bolos dalam kejohanan itu.  

Disiarkan pada: August 24, 2018 @ 12:07am
d