arena

Henry ke Bordeaux?

Oleh AFP

PARIS: Nama Thierry Henry kini kembali meniti di bibir peminat bola sepak di Perancis, dengan legenda Arsenal itu dikatakan akan kembali ke negara asalnya sebagai pengendali baharu Bordeaux.

Permulaan musim baharu kelab itu dicemari dengan pertelingkahan terbuka antara pengendali dari Uruguay Gustavo Poyet dan lembaga pengarah berkenaan perpindahan.

Poyet, yang mengambil alih kelab pada Januari dan membawa Bordeaux ke kelayakan Eropah, digantung seminggu dan kini bakal ditunjuk jalan keluar oleh pengurusan kelab.

Sementara itu laporan media Perancis berkata, Henry, 41, berminat untuk menggantikan Poyet di kelab yang bakal diambil alih pelabur dari Amerika Syarikat.

Henry, penjaring terbanyak Perancis, bersara sebagai pemain pada tahun 2014 dan menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium sepanjang dua tahun lalu.

Pengendali Lyon Bruno Genesio minggu ini menyamakan karier jurulatih Henry dengan bekas rakan sepasukan Perancisnya, Zinedine Zidane, bekas pemain Bordeaux.

“Perjalanan Henry juga sama. Dia sudah menjalani latihannya, mengambil tugasan berbeza di mana dia mengutip pengalaman bekerja dengan beberapa kumpulan pemain,” kata Genesio.

 

Disiarkan pada: August 24, 2018 @ 1:04pm
d