arena

Barca lega bantu VAR

Oleh Reuters

MADRID: Keputusan VAR pada minit terakhir membantu Barcelona mencatat kemenangan 1-0 dalam aksi La Liga ke atas pasukan yang baru dinaikkan taraf, Valladolid.

Selepas Ousmane Dembele membuka jaringan buat Barcelona pada minit ke-57, Keko menjangkakan dia sudah berjaya menyamakan kedudukan buat Valladolid namun dibatalkan apabila pembantu pengadil merujuk kepada video dan memutuskan pemain sayap itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Di tepi padang, beberapa pemain Barca yang sedang memanaskan badan jelas kecewa apabila melihat rakan-rakan mereka agak bergelut untuk mempamerkan aksi seperti biasa.

“Ia sangat menyedihkan,” kata pemain pertahanan Gerard Pique yang kecewa dengan permukaan padang.

“Ia bukan masalah untuk bermain bola sepak tapi risiko kecederaan yang mungkin dialami oleh pemain profesional. Saya harap mereka yang bertanggungjawab melakukan tugas mereka dan menyelesaikan perkara ini kerana ia sangat memalukan.”

Biarpun ia satu isu yang jelas, mereka akhirnya berjaya mencapai kemenangan biarpun bekas penjaga gol akademi Barca, Jordi Masip yang kini bersama Valladolid berjaya menafikan percubaan Luis Suarez dan Philippe Coutinho.

Tiada apa yang boleh dilakukan Masip apabila Dembele menerima hantaran daripada Sergi Roberto, 10 minit selepas babak kedua bermula.

Perlawanan yang berlangsung membabitkan dua pasukan itu dilihat seimbang dengan Valladolid dilihat berpeluang untuk menang apabila kerap melakukan percubaan.

Keko melancarkan serangan ke kubu lawan untuk cuba melepasi kawalan Marc-Andre ter Stegen namun tidak berjaya.

Suarez kemudiannya berjaya menewaskan Masip namun penjaga garisan memutuskan dia berada dalam kedudukan ofsaid. Masip sekali lagi berjaya menggagalkan percubaan Malcom yang menyaksikan pasukan tuan rumah melancarkan serangan bertali arus.

Disiarkan pada: August 26, 2018 @ 8:54am
d