arena

Tengkorak Keane retak

Oleh AFP

LONDON: Pertahanan Everton, Michael Keane mengalami retak kecil di tengkoraknya sekali gus terpaksa diketepikan selama empat minggu.

Keane dikeluarkan menggunakan pengusung pada masa kecederaan sebelum dikejarkan ke hospital selepas bertembung dengan rakan sepasukan, Idrissa Gueye ketika kelabnya mencatat keputusan seri 2-2 dengan Bournemouth.

Everton menerusi satu kenyataan berkata, pemain berusia 25 tahun itu mengalami retak kecil di tengkoraknya tetapi tidak berdepan komplikasi lain.

Dia akan diketepikan antara tiga hingga empat minggu sebelum dibenarkan menjalani latihan.

Keane dimasukkan ke Hospital Poole dengan ditemani doktor kelab, Dr Aboul Shaheir sebelum dibenarkan pulang hari ini.

Bekas pemain Burnley itu berkata: "Terima kasih semua untuk doa dan sokongan kepada saya."

Disiarkan pada: August 26, 2018 @ 11:09pm
d