arena

Ayuh tuai 3 emas!

Oleh Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain

 

SEKURANG-kurangnya tiga emas boleh diraih kontinjen negara pada saingan Sukan Asia hari ini selepas hanya mengumpul dua setakat semalam.

Pendekar negara akan turun dalam empat aksi final dan kita boleh mengharapkan dua emas daripada juara dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari dan Mohd Faizul M Nasir.

Dua lagi acara membabitkan silat seni yang pastinya memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah disebabkan sifat teknikalnya.

Di velodrome, jaguh dunia Azizulhasni Awang akan beraksi bersama barisan pelumba trek terbaik negara dalam acara pecut berbasikal yang dilihat turut mampu menghasilkan kilauan emas.

Dalam sukan olahraga, jaguh lompat jauh negara Nauraj Singh Randhawa bersama Lee Hup Wei akan beraksi pada final dan turut berpeluang meraih pingat.

Ketika ini catatan terbaik Nauraj yang juga rekod kebangsaan ialah 2.30 meter dengan rekod kejohanan ialah 2.35m.

Gelanggang skuasy yang mencipta gemilang buat negara dengan kilauan emas dan perak semalam sekali lagi akan menampilkan skuad terbaik dalam acara berpasukan wanita yang membuka tirai hari ini.

Datuk Nicol David dan S Sivasangari sekali lagi akan tampil tapi kali ini bergandingan bagi mencari emas kedua negara.

Disiarkan pada: August 27, 2018 @ 7:57am
d