arena

Pelumba bantah kayuhan Farina

Oleh Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain

 

JAKARTA: Tiada kilauan pingat untuk skuad trek wanita negara pada hari kedua di Velodrom Antarabangsa Jakarta apabila Farina Shawati Mohd Adnan gagal mara ke final acara keirin selepas dibantah pelumba lawan.

Terdahulu dia menamatkan aksi separuh akhir pada kedudukan kedua untuk melayakkan dirinya ke aksi final.

"Ada pelumba Korea Selatan dan Indonesia mengemukakan bantahan susulan tindakan Farina Shawati memasuki lorang sebelah dalam. Ia adalah kesalahan pelumba kita dan terpaksa akur," kata pengurus skuad negara, Firdaus Arshad.

Pelumba kelahiran Selangor itu terpaksa beraksi dalam aksi penentuan kedudukan 7-12. Dia menamatkan saingan pada kedudukan kesembilan manakala rakan sepasukan, Anis Amira Rosidi ke-12.

Empat tahun lalu di Incheon, Fatehah Mustapa meraih perak dalam acara itu. 

Trio pecut - Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis - menghadiahkan perak pada hari pertama semalam.

Disiarkan pada: August 28, 2018 @ 11:22pm
d