arena

'Mourinho harus pertahan Lindelof'

Oleh Agensi

LONDON: Jose Mourinho sepatutnya mempertahankan pertahanannya Victor Lindelof yang melakukan beberapa siri kesilapan di benteng Manchester United baru-baru ini, kata pemain Tottenham, Sven-Goran Eriksson. 

Pemain antarabangsa Sweden, Lindelof dikritik oleh Jamie Carragher dan Gary Neville selepas prestasi longlainya ketika United tewas 0-3 kepada Tottenham, Isnin lalu.

Tekanan kian meningkat di Old Trafford selepas Red Devils gagal untuk mendapatkan pertahanan tengah baharu musim panas ini sekali pun Mourinho dengan jelas berkata dia mahukan seorang pemain di posisi berkenaan.

Lindelof menggantikan Phil Jones pada minit ke-56 menentang Spurs dan dia turut memulakan permainan di samping Eric Bailly di bahagian tengah pertahanan United ketika mereka tewas 2-3 kepada Brighton dalam aksi sebelum ini.

“Saya perlu mengaku yang dia melakukan kesilapan yang besar pada perlawanan sebelum ini. Dan dia bertuah terlepas daripadanya, kedua-duanya,” kata Eriksson, 24 yang juga pemain Sweden.

“Tetapi kami tidak boleh menjangkakan perkara itu daripadanya. Tetapi, apapun, kita bercakap mengenai pemain bola sepak yang amat baik.

“Bagi Sweden, dia menakjubkan dan kami mara ke suku akhir Piala Dunia. Dia pemain yang penting ketika kelayakan jadi dia pemain yang hebat, tiada keraguan mengenainya.

“Dan sudah tentu, apabila kami mengkritik pemain, sebagai pengurus, kehidupan menjadi sukar. Kamu perlu bangkit. Tetapi jika kamu tidak mendapat sokongan pengurus, jurulatih tidak mempertahankan kami, kehidupan akan menjadi lebih, lebih sukar.

“Jadi saya fikir, saya, dan kini saya bercakap mengenai diri saya, dalam kesemua pasukan yang saya sertai, jika kelab atau kamu, kamu perlu mempertahankan pemain-pemain kamu.”

Disiarkan pada: August 30, 2018 @ 12:04pm
d