arena

Alat keselamatan 'halo' penting

Oleh AFP

MONZA (Itali): Empat hari selepas kemalangan dan menyelamatkan  Charles Leclerc susulan memakai set keselamatan ‘halo’, kini Nico Hulkenberg mengakui kepentingan penggunaan alat kontroversi berkenaan.

Pemandu Jerman itu diasak soalan keselamatan ketika sidang media menjelang GP Itali di sini sambil mendakwa alat keselamatan yang pernah dikecam pelumba suatu ketika dulu kini begitu ‘berguna’.

Mengulas mengenai halo, Hulkenberg berkata: “Biarpun saya bukan seorang yang suka dengan halo dan perkakasnya, tetapi saya rasa perlu melihat kepada faktanya dan mengakui ia menyumbang sesuatu kebaikan dalam F1, terutama dari segi keselamatan yang sangat kami perlukan.

“Perasaan saya bercampur aduk ketika ini tetapi apa yang penting ia terbukti alat berkenaan amat berkesan dan bagus.

“Kami hanya mampu membuat spekulasi ke atas situasi kemalanghan tanpa alat berkenaan tetapi yang pasti halo adalah alat keselamatan yang mampu melindungi kepala pelumba,” katanya.

Leclerc, yang tidak cedera ketika kereta Hulkenberg melanggar kereta McLaren dipandu Fernando Alonso yang menyaksikan keretanya berpusing melintangi kereta Sauber hingga kesan tayar melekat pada halo yang dipakainya.

“Kami tak dapat bayangkan apa yang terjadi jika pelumba tidak memakainya. 

“Kami sebenarnya gembira apabila terselamat berkat memakai alat keselamatan itu.

“Alat berkenaan memang berhak diberi keutamaan dalam F1, sama ada ia kelihatan teruk atau sebaliknya...saya sudah tidak memikirkan hal negatifnya lagi,” katanya.

Sebelum ini, seorang pelumba pasukan Marussia, Jules Bianchi maut akibat cedera di kepala selepas setahun kemalangan di GP Jepun pada 2014.

Disiarkan pada: August 31, 2018 @ 12:00pm
d