arena

Napoli rasa Koulibaly berbaloi

Oleh AFP

MILAN: Naib juara Serie A mengesakan pemain pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly melanjutkan kontraknya bersama Napoli untuk tempoh dua tahun lagi.

Bintang antarabangsa Senegal itu setuju dengan perjanjian yang ditawarkan untuk meneruskan perjuangan bersama bekas pengendali Chelsea dan Real Madrid, Carlo Ancelotti hingga Jun 2023.

Menurut laporan media Itali, pemain berusia 27 tahun menerima peningkatan gaji dan dibayar sebanyak 3.5 juta euro (RM16.6 juta ) untuk satu musim.

Koulibaly membuat penampilan bersama Senegal sebanyak 28 kali DAN menyertai Napoli dari kelab Belgium Genk pada musim panas 2014.

Dia beraksi sebanyak 124 untuk kelab meledakkan lapan gol dalam saingan Serie A termasuk tandukan dramatik pada lewat perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan cukup bermakna buat Napoli menewaskan Juventus musim lalu di  Turin sekali gus bersaingan untuk perebutan juara liga.

Napoli menamatkan saingan empat mata di belakang Juventus dalam perebutan juara liga setakat ini hanya bergelar juara liga Serie A sebanyak dua kali, kedua-dua ketika bersama Diego Maradona pada 1989-90.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disiarkan pada: September 2, 2018 @ 12:48pm
d