arena

Lukaku ubati luka United

Oleh Reuters

LONDON: Romelu Lukaku meledak dua gol untuk membantu Manchester United meraih kemenangan 2-0 ke atas Burnley di Stadium Turf Moor, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan United kembali meraih kemenangan selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana sebelum ini.

Walaupun ia berita baik buat Jose Mourinho, yang mendapat sokongan daripada penyokong, namun berita buruk buat United apabila pemain gantian Marcus Rashford dibuang padang pada minit ke-71 selepas melakukan kekasaran terhadap Phil Bardsley.

Lukaku membuka tirai jaringan pada minit ke-27 dengan menanduk masuk bola hantaran silang Alexis Sanchez, kemudian bintang Belgium itu menggandakan kelebihan United dengan gol kedua sebelum rehat.

Bintang antarabangsa Perancis, Paul Pogba juga berpeluang menambah gol buat United pada minit ke-69, namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol Burnley, Joe Hart.

Bagaimanapun, kegagalan Pogba menyudahkan penalti dan kad merah yang diterima Rashford tidak menghalang untuk skuad Mourinho meraih kemenangan kedua musim ini.

Disiarkan pada: September 3, 2018 @ 2:18am
d