arena

Macheda sertai Panathinaikos

Oleh AFP

ATHENS: Bekas penyerang Manchester United, Federico Macheda menyertai Panathinaikos untuk kontrak selama tiga tahun, umum kelab gergasi Greece itu, awal pagi tadi.

Ketika masih remaja, pemain 27 tahun dari Itali itu menjaringkan gol penting di akhir musim menentang Aston Villa dan Sunderland bagi membolehkan United memintas Liverpool untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2008/09, tetapi prestasinya merosot selepas itu.

Dia menghabiskan dua musim terakhirnya bersama kelab Itali, Novara dengan menjaringkan 10 gol dalam 51 penampilan liga, tetapi meninggalkan kelab selepas mereka tersingkir daripada saingan Serie B.

Ketika bersama United, Macheda dipinjamkan ke Sampdoria, QPR, Stuttgart, Doncaster dan Birmingham, sebelum keluar untuk menyertai Cardiff pada tahun 2014.  

Disiarkan pada: September 4, 2018 @ 10:14am
d