arena

'Harap Cruz meledak lagi...'

Oleh Asrol Awang

KUANTAN: Sentuhan berbisa Patrick Cruz ditagih pengendali Pahang, Dollah Salleh pada perlawanan terakhir Kumpulan D saingan Piala Malaysia bertemu Sabah, 16 September ini.

"Biarpun Cruz kembali dalam kesebelasan utama ketika tewas 3-1 kepada Selangor, saya tidak boleh memberi tekanan kerana dia baru pulih daripada kecederaan hamtring dan belum cergas sepenuhnya,” kata Dollah.

"Namun, tempoh rehat dua minggu ini saya mengharapkan Cruz dapat memberi yang terbaik seperti dipersembahkan dalam saingan Liga Super.

"Sentuhannya amat ditagih kerana hanya lima gol daripada lima perlawanan dihasilkan dalam saingan Piala Malaysia."

Dollah berkata, lima gol itu memberi isyarat yang skuad Tok Gajah menghadapi masalah di bahagian serangan dan kemelut berkenaan perlu ditangani jika mahu mencapai misi ke pentas final.

"Biarpun sudah mengesahkan tempat ke suku akhir, semua pemain perlu mempamer persembahan terbaik mereka sebagai persediaan untuk saingan yang lebih mencabar," katanya.

Disiarkan pada: September 6, 2018 @ 4:14pm
d