arena

Djokovic menyamai rekod Sampras

Oleh AFP

NEW YORK: Novak Djokovic menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali ketiga, selepas menang ke atas Juan Martin del Potro, 6-3, 7-6 (7/4), 6-3 dalam aksi final sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan Djokovic, 31, menyamakan kedudukan dengan Pete Sampras yang meraih 14 gelaran Grand Slam.

Djokovic, yang beraksi dalam lapan final di New York - muncul juara pada edisi 2011 dan 2015, dan kini ketinggalan tiga gelaran di belakang Rafael Nadal serta enam di belakang Roger Federer yang memegang rekod 20 gelaran.

Bagi pemain nombor tiga dunia, Del Potro, - kekalahan itu cukup mengecewakan selepas berjaya melangkah ke final buat kali kedua, sembilan tahun tahun selepas muncul juara Terbuka AS buat kali pertama.

Disiarkan pada: September 10, 2018 @ 8:04am
d