arena

Adams wira USMNT

Oleh Reuters

NASHVILLE, Amerika Syarikat: Gol babak kedua pemain berusia 19 tahun Tyler Adams, yang pertama buat negaranya, membantu Amerika Syarikat menang 1-0 ke atas Mexico pada perlawanan bola sepak persahabatan di sini, sebentar tadi.

Pemain Mexico, Angel Zaldivar dilayangkan kad merah kerana terjahan keras terhadap Wil Trapp pada minit ke-67 dan empat minit kemudian tuan rumah meraih gol kemenangan apabila Adams menghukum kealpaan benteng Mexico dengan merembat masuk dari jarak 12 meter.

Kemenangan itu amat dinanti-nantikan tuan rumah, yang tewas 0-2 pada aksi persahabatan menentang Brazil minggu lalu, namun ia satu lagi kekecewaan buat Mexico yang mengalami kekalahan ketiga berturut-turut.

Mexico tumpas 1-4 kepada Uruguay minggu lalu, aksi persahabatan pertama mereka sejak tersingkir pada pusingan kedua Piala Dunia di tangan Brazil.

AS akan bertemu Colombia di Tampa pada 11 Oktober depan diikuti Peru di East Hartford lima hari kemudian.

Disiarkan pada: September 12, 2018 @ 12:11pm
d