arena

Peluang pikat Guardiola

Oleh AFP

MANCHESTER: Pemain Manchester City, Fabian Delph dan Phil Foden pastinya ternanti-nantikan khabar baik daripada pasukan menjelang kunjungan ke Fulham esok tatkala mereka masih terngiang-ngiang dengan amaran pengurus England, Gareth Southgate.

Kedua-dua pemain itu dilihat sukar untuk menembusi senarai barisan Pep Guardiola musim ini dengan Delph masih belum diturunkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris manakala Foden hanya lapan minit berada di padang selepas dimasukkan dari bangku simpanan ketika kelab berkenaan menewaskan Huddersfield 6-1.

Isu mengenai kekangan peluang untuk bintang berkenaan menjadi perhatian selepas pengurus England, Southgate membuat pengumuman minggu ini.

Southgate menjelaskan yang polisinya adalah hanya akan menyenaraikan pemain yang kerap diturunkan di kelab masing-masing bakal difikirkan untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Secara teorinya, amaran itu tepat pada masanya buat City apatah lagi mereka bakal bertemu lawan yang lebih mudah di Etihad nanti.

“Saya berada di Manchester City menentang Huddersfield dan kamu fikir: ‘OK, ia adalah perlawanan yang Foden akan bermain’,” kata Southgate.

“Namun sebenarnya, sekiranya saya Pep, saya mempunyai pemain lain, pemain senior, siapa yang saya senaraikan kerana mereka tidak mempunyai minit permainan yang banyak.

“Lanskapnya adalah apa yang sebenarnya dan saya memahami kesukaran dihadapi pengurus kelab,” katanya. “Mereka perlu cuba untuk memenangi perlawanan. Ia bukanlah mudah untuk Pep. Oh, saya hanya perlu memberi Phil satu perlawanan.’”

Delph, 28, sudah meraih tujuh kaps antarabangsa sejak kali terakhir menyentuh bola bersama City iaitu pada perlawanan final musim lalu.

Disiarkan pada: September 14, 2018 @ 11:06am
d