arena

CR7 fokus buru gol sulung

Oleh AFP

MILAN: Cristiano Ronaldo akan berdepan Sassuolo pada Ahad ini ketika dia masih tercari-cari jaringan sulung bersama juara Itali, Juventus sebelum kembali ke Sepanyol buat kali pertama bagi aksi Liga Juara-Juara.

Mendapat sentuhan Ronaldo yang sudah lima kali muncul juara, Juventus memulakan kempen mereka untuk merangkul gelaran Liga Juara-Juara di Valencia pada Rabu depan.

Serie A kembali selepas rehat antarabangsa selama dua minggu dengan bekas bintang Real Madrid, Ronaldo terlepas tugasnya bersama Portugal untuk memberi fokus kepada kelab baharu, Juventus.

Keadaan sama berlaku kepada rakan sepasukannya, Mario Mandzukic yang membantu Croatia muncul naib juara Piala Dunia 2018 di Russia.

Sepanjang rehat, pemain berusia 33 tahun itu dilihat bersantai di kapalnya di St Tropez, Riveria Perancis.

“Vitamin D,” tulis pemenang anugerah Ballon d'Or lima kali itu di bawah satu gambarnya yang sedang duduk di atas kapalnya.

“Seperti yang diperkatakan rakan sepasukan, kembali kepada realiti, kerja selesai,” tambahnya. “Perasaan yang baik!.” 

Jurulatih, Massimiliano Allegri menjelaskan beliau tidak kisah Ronaldo gagal menjaringkan gol walaupun melakukan 23 percubaan ke pintu gol dalam tiga perlawanan.

“Ia mengambil masa. Kami semua akan lebih baik selepas rehat dan ia di mana musim sebenar bermula,” kata Allegri.

Disiarkan pada: September 14, 2018 @ 7:10pm
d