arena

Arsenal benam Newcastle

SEPAKAN percuma hebat pemain tengah, Granit Xhaka dan satu gol daripada Mesut Ozil memberikan Arsenal kemenangan tipis 2-1 mengatasi Newcastle walaupun kelab London itu menampilkan persembahan kurang menyakinkan pada babak pertama pertembungan Liga Perdana di London, semalam.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama tanpa sebarang cubaan bahaya, pemain Newcastle Federico Fernandez menjatuhkan Pierre-Emerick Aubameyang berdekatan kotak penalti dan Xhaka meledak sepakan penjuru ke penjuru kanan gol.

Arsenal menggandakan kelebihan mereka sembilan minit kemudian apabila sepakan Alexandre Lacazette ditampan, namun Ozil menyambar sebelum melepaskan rembatan dan mereka tampak akan mencipta kemenangan.

Pemain gantian Newcastle, Ciaran Clark kemudian menanduk masuk hantaran Fernandez pada penghujung permainan untuk memberikan harapan buat pasukannya.

Namun, mereka gagal menemui jaringan penyamaan sekali gus mengalami kekalahan keempat dalam lima saingan Liga Perdana musim ini. - Reuters

 

Disiarkan pada: September 16, 2018 @ 1:18am
d