arena

Sane menyinar bantu City benam Fulham

MANCHESTER, United Kingdom: Leroy Sane diberikan permulaan pertama buat Manchester City pada musim ini dan menampilkan kekuatan dalam skuad kendalian Pep Guardiola apabila juara bertahan Liga Perdana itu menang selesa 3-0 mengatasi Fulham di Etihad, semalam.

Pemain antarabangsa Jerman itu membuka jaringan sebelum jaringan David Silva dan Raheem Sterling mengekalkan permulaan tanpa kalah Manchester City pada kempen musim ini.

Fabian Delph yang memiliki tujuh penampilan bersama England sejak aksi terakhir bersama kesebelasan utama pada Mei lalu juga mendapat tempat dalam kesebelasan utama Guardiola.

Ia selepas hanya tiga hari pengendali skuad kebangsaan, Gareth Southgate menyatakan kebimbangan mengenai sebahagian pemainnya berdepan risiko kurang bermain dalam bola sepak kompetitif.

Ketika Guardiola tidak begitu berminat dengan masalah dihadapi Southgate, keupayaannya menggilirkan skuad dengan pemain gentian penuh kualiti tampak menjadi dengan skuad itu akan terbabit dalam kempen Liga Juara-Juara dan Piala Liga selain komitmen dalam liga.

Peluang Manchester City untuk menambah kejayaan daripada dua trofi dimenangi musim lalu kembali dengan prestasi ditunjukkan Sane, yang diletakkan di bangku simpanan oleh Guardiola pada bulan pertama kempen musim ini.

Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA itu tidak bermain selama empat bulan ketika dia juga tidak tersenarai dalam skuad Piala Dunia Jerman. - AFP

Disiarkan pada: September 16, 2018 @ 1:55am
d