arena

Perak pertahan emas bola sepak

Oleh Azizan Hashim

 

IPOH: Impian Perak mengekalkan ibu segala pingat tercapai apabila menumpaskan Kedah bagi meraih pingat emas acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA), sebentar tadi.

Jaringan Muhammad Alif Safwan Mohd Sallahuddin dan Muhammad Asyraaf Mat Pushni membolehkan anak didik Chan Wing Hoong mengatasi Kedah 2-1 seterusnya melakar kejayaan buat kali ketiga-tiga berturut-turut.

Begitupun Kedah terlebih dulu mengejutkan kira-kira 20,000 penonton yang membanjiri Stadium Perak di Ipoh apabila Mohd Fazrul Daniel Mohd  Nizam menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-64 menerusi sepakan percuma cantik. 

Begitupun kedudukan itu hanya bertahan dua minit apabila Alif Safwan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-66. 

Gol itu membangkitkan semangat pemain tuan rumah yang terus melancarkan  serangan dan empat minit kemudian Asyraaf memusnahkan Kedah dengan gol kemenangan tuan rumah.

Disiarkan pada: September 19, 2018 @ 11:20pm
d