arena

Ayuh bangkit City!

Oleh AFP

MANCHESTER, United Kingdom: Penolong Pengurus Manchester City, Mikel Arteta menegaskan, juara Liga Perdana itu perlu segera bangkit selepas kekalahan 1-2 kepada Lyon dalam permulaan kempen Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Arteta mengambil alih tugas mengemudi pasukan selepas Pep Guardiola dikenakan hukuman dilarang berada di bangku simpanan pemain, selepas dibuang padang ketika berdepan Liverpool pada suku akhir, musim lalu.

Dan, Guardiola menyaksilkan skuad bimbingannya dimalukan Lyon dalam tempoh 45 minit hasil jaringan Maxwel Cornet dan Nabil Fekir. Bernardo Silva kembali merapatkan jurang tetapi sudah terlambat untuk menyelamatkan City daripada menerima kekalahan pertama musim ini.

“Apabila anda gagal berada dalam perlumbaan di awal kempen Liga Juara-Juara, ia sudah terlambat tanpa mengira betapa bagusnya pasukan yang dimiliki,” kata Arteta.

Berbanding dengan aksi mantap dalam saingan domestik, City setakat ini tewas dalam empat perlawanan terakhir Liga Juara-Juara.

Sedangkan, pemilik City kini mula meletakkan sasaran mahu menjulang trofi sulung Liga Juara-Juara. Suasana di stadium juga agak berbeza, masih ada ruang tempat duduk yang kosong dan ada penonton yang mengejek ketika lagu rasmi Liga Juara-Juara dimainkan.

“Cukup ketara, senario paling baik ialah stadium akan penuh setiap kali kami beraksi dan mendapat sokongan padu penonton.

“Saya tidak mahu mencari alasan kerana kami memang memiliki jumlah kehadiran penonton yang cukup ramai sebelum ini (aksi Liga Juara-Juara) dan kami akan mampu untuk menang,”

Setakat ini, Lyon hanya menang dua daripada lima perlawanan awal Ligue 1, Perancis pada musim ini, tetapi pelawat kelihatan mudah mendominasi perlawanan Etihad.

“Kami perlu kekalkan prestasi serta persembahan seperti ini untuk mencapai matlamat yang ditetapkan,” kata jurulatih Lyon, Bruno Genesio.

“Pada penghujung aksi, perlawanan semakin sukar selepas mereka bangkit merapatkan kedudukan 1-2 dan membawa masuk pemain yang bagus. Saya takut mereka akan menjaringkan gol kedua.

“Sebelum perlawanan, kami merasakan layak untuk meraih keputusan 2-2, tetapi berdasarkan persembahan kali ini, kami tidak patut dikecewakan jika gagal membawa pulang tiga mata,”

Disiarkan pada: September 20, 2018 @ 8:56am
d