arena

Harimau Malaya kekal

Oleh Zulfaizan Mansor

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kekal di kedudukan ke-171 dunia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

Kedudukan itu adalah kali keempat berturut-turut direkodkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam senarai ranking dunia yang dibuat FIFA sejak Mei lalu. 

Berdasarkan senarai ranking terbaru itu juga menyaksikan Harimau Malaya yang mengumpul 972 mata berada di kedudukan ke-36 Asia dan kelapan dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Sementara itu, Belgium menyertai juara dunia, Perancis di kedudukan teratas selepas kedua-dua pasukan itu mengumpul 1729 mata keseluruhan.

Brazil yang mengumpul 1663 mata pula di kedudukan keempat, 29 mata meninggalkan pasukan di tangga kelima Croatia.

Kedudukan dalam kelompok 10 teratas tidak berubah dengan hanya Denmark jatuh ke tangga ke-10 berbanding kedudukan kesembilan sebelum ini.

Disiarkan pada: September 20, 2018 @ 10:51pm
d