arena

Pochettino enggan ambil risiko

Oleh Reuters

LONDON: Pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli kembali berlatih menjelang pertembungan menentang Brighton and Hove Albion dalam aksi Liga Perdana tetapi pengurus Mauricio Pochettino enggan menanggung risiko dengan menurunkannya beraksi melainkan dia benar-benar sudah pulih.

Alli terlepas dua perlawanan terakhir Tottenham selepas mengalami kecederaan hamstring ketika rehat antarabangsa dan Spurs menerima kesan apabila tewas tiga kali berturut-turut pada permulaan awal musim.

Spurs tewas di Watford sebelum pemain beraksi di peringkat antarabangsa dan tanpa Alli mereka tewas di tempat sendiri kepada Liverpool dalam aksi Liga Perdana dan tewas kepada Inter Milan dalam aksi Liga Juara-Juara, Selasa lalu.

“Kami perlu tunggu sehingga esok untuk menilai tahap kecergasan Alli,” kata Pochettino kepada wartawan. “Mungkin kami perlu menunggu sehingga beberapa hari sebelum boleh menurunkannya.

“Kami tak boleh tanggung risiko hanya semata-mata kepentingan skuad, kami mahukan mereka 100 peratus pulih dan cergas.”

Disiarkan pada: September 20, 2018 @ 11:05pm
d