arena

Sanches pengganti Matthaeus

Oleh AFP

LISBON: Jurulatih Bayern Munich Niko Kovac percaya juara Jerman itu telah menemui pengganti Lothar Matthaeus selepas Renato Sanches mempamerkan sentuhan penyudah cemerlang di Benfica.

Pemain berusia 21 tahun itu memastikan kemenangan 2-1 Bayern di Benfica pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Selepas Robert Lewandowski menjaringkan gol pendahuluan, Sanches yang meluru daripada bahagian tengah merembat bola dari jarak dekat untuk gol kedua Bayern pada awal babak kedua permainan.

Jaringannya itu melengkapkan kebangkitan Sanches selepas mengharungi dua musim tidak menentu sejak menyertai Bayern dari Benfica pada 2016 dengan harga 35 juta euro (RM170 juta).

“Ia sangat istimewa buat saya. Saya beraksi sepuluh tahun bersama Benfica tempat di mana saya belajar bermain bola sepak dan sangat istimewa di hati saya,” katanya.

Sanches mempamerkan penguasaan bahagian tengah yang cemerlang di Estadio da Luz sehingga dikagumi penyokong tuan rumah dan mengingatkan jurulatih Bayern Niko Kovac terhadap legenda kelab dan Jerman, Matthaeus.

“Renato sangat bagus dari segi teknik, mempunyai kepantasan dan fizikal yang baik,” kata Kovac yang menjuarai Euro 2016 bersama Portugal.

Disiarkan pada: September 21, 2018 @ 12:10am
d