arena

The Blues menang tipis

Oleh AFP

PARIS: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea membuka tirai jaringan Liga Europa dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas PAOK di Greece, awal pagi tadi. 

Pasukan yang kini berada di kemuncak prestasi itu meraih tonik terbaik dalam kempen kali ini apabila meraih kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan L, selepas Willian meledak jaringan tunggal perlawananan seawal minit ketujuh.

Jaringan itu sudah cukup untuk menenggelamkan semangat melawan PAOK walaupun beraksi di Stadium Toumba.

Eden Hazard diketepikan daripada senarai pemain atas pemintaannya sendiri dengan alasan keletihan, tetapi pengurus,  Maurizio Sarri tetap membawa skuad terkuat untuk mengekalkan rentak enam kemenangan dalam semua kejohanan. 

“Kami mengawal permainan sepanjang 90 minit. Kami memiliki banyak peluang. Kami juga melepaskan banyak peluang tetapi saya gembira dengan tiga mata. Sangat gembira dengan persembahan pasukan, tetapi tidak cukup gembira dengan keputusan,” kata Sarri.

“Apabila ada ruang untuk ‘membunuh’ perlawanan, kami patut melakukannya terus,” 

Sementara itu, skuad Rangers yang dibimbing Steven Gerrard memulakan penampilan pertama dalam kejohanan Eropah sejak 2010-11 dengan meraih keputusan positif, apabila mengikat Villarreal 2-2.

Skuad dari Glasgow itu memulakan serangan awal apabila Carlos Bacca membuka tirai jaringan selepas 60 saat perlawanan berlangsung, namun Scott Arfield berjaya menyamakan kedudukan untuk Villarreal pada minit ke-67.  

Gerard Moreno kembali meletakkan tuan rumah di depan namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Kyle Lafferty menyamakan kedudukan untuk Rangers sekali gus membenarkan anak buah Gerrard melakukan penampilan cemerlang apabola meraih mata pertama dalam saingan Kumpulan G.

Disiarkan pada: September 21, 2018 @ 9:03am
d