arena

Woods, Rose kongsi tangga teratas

Oleh AFP

ATLANTA, Amerika Syarikat: Tiger Woods semakin hampir untuk menamatkan deretan kemarau kemenangannya selama lima tahun, apabila muncul pendahulu bersama di kejohanan golf Kejuaraan Jelajah, pagi tadi.

Selepas mengharungi dua pusingan, pemain bintang Amerika Syarikat (AS) itu berkongsi kedudukan bersama Justin Rose, untuk keseluruhan tujuh bawah par 133.

Pada aksi di lapangan gol East Lake itu, Woods melakukan birdie pada lubang terakhir untuk melakukan 68, sekali gus berkongsi tangga teratas dengan pemain nombor satu dunia, Rose yang melakukan 67.

“Cara terbaik untuk menggambarkan hari ini ialah saya bertuah memperoleh pusingan yang baik,” kata Woods. “Saya tidak begitu tajam seperti semalam, tetapi saya bertahan dan cuba untuk menghalakan bola ke laluan yang betul.

“Jadi saya mempunyai sudut. Sebahagian besarnya saya melakukan seperti itu.”

Woods yang pernah memenangi dua gelaran di sini memiliki peluang untuk menjarakkan kedudukan, tetapi catatan double bogey yang dilakukannya pada lubang ke-16 menghalangnya.

Dia yang ketika ini menghuni ranking 21 dunia begitupun bangkit pada lubang ke-17, apabila melakukan par sebelum merakam birdie pada lubang ke-18 untuk berkongsi kedudukan dengan Rose dari Britain.

Mengulas peluang untuk menamatkan kemarau kemenangan, Woods berkata dia perlu beraksi dengan sebaik mungkin.

“Pertama, saya perlu berada di sana terlebih dulu, dan ia adalah tanggungjawab saya untuk berada di sana,” kata Woods. “Saya perlu mengharungi 36 lubang lagi, dan berharap saya akan jawab soalan itu pada malam Ahad nanti.”

Kemenangan terakhir diraih Woods adalah pada 2013 di kejohanan WGC-Bridgestone Invitational.

Pemain Ireland, Rory McIlroy, yang juga pemenang dua tahun lalu turut melakukan 68, tetapi menghuni tangga ketiga keseluruhan selepas ketinggalan dua pukulan.

INFO: KEDUDUKAN

133 - Tiger Woods (AS) 65-68, Justin Rose (ENG) 66-67

135 - Rory McIlroy (NIR) 67-68136 - Jon Rahm (ESP) 68-68, Patrick Cantlay (AS) 71-65, Billy Horschel (AS) 71-65, Justin Thomas (AS)  67-69

137 - Kyle Stanley (AS) 69-68, Rickie Fowler (AS) 65-72

138 - Hideki Matsuyama (JPN) 72-66, Gary Woodland (AS) 66-72, Xander Schauffele (AS) 68-70, Tony Finau (AS) 67-71, Tommy Fleetwood (ENG) 69-69

139 - Aaron Wise (AS) 70-69, Webb Simpson (AS) 69-70, Dustin Johnson (AS) 69-70, Paul Casey (ENG) 68-71

140 - Kevin Na (AS) 72-68

141 - Jason Day (AUS) 68-73

142 - Marc Leishman (AUS) 73-69, Patton Kizzire (AS) 71-71, Bubba Watson (AS) 70-72

143 - Cameron Smith (AUS) 70-73

145 - Francesco Molinari (ITA) 70-75, Phil Mickelson (AS) 73-72

146 - Patrick Reed (AS) 72-74, Keegan Bradley (AS) 73-73, Bryson DeChambeau (AS) 71-75

147 - Brooks Koepka (AS) 69-78

Disiarkan pada: September 22, 2018 @ 10:12am
d