arena

Valverde kekal atau pergi?

Oleh AFP

BARCELONA: Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde mengakui beliau belum pasti masih bergelar pengurus kelab itu pada musim depan.

Kontrak Valverde berakhir pada penghujung musim ini dan beliau mengesahkan mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjian berkenaan untuk tempoh setahun lagi.

“Saya mempunyai kontrak dan saya juga mempunyai kemungkinan untuk melanjutkannya selama setahun,” kata Valerde.

“Kontrak ada, tetapi kita boleh tahu apa yang berlaku dalam semusim dan musim ini panjang. Kamu perlu melihat bagaimana prestasi pasukan.

“Segala-galanya nampak baik tetapi kami masih berada pada bulan September dan perjalanan masih panjang.”

Jurulatih seperti Pep Guardiola dan Luis Enrique menyifatkan antara punca mereka meninggalkan Barca adalah disebabkan keletihan terbabit dalam pengurusan di Camp Nou. 

“Saya tidak tahu mengenai kepenatan atau perkara seperti itu,” kata Valverde .

“Kita masih di bulan September, masih banyak ruang untuk merasa penat, ia hanya permulaan.”

Barcelona menjuarai La Liga dan Piala Raja Sepanyol pada musim pertama Valverde di kelab berkenaan.

Selepas penyingkiran mengejutkan di suku akhir Liga Juara-Juara kepada AS Roma, timbul laporan mengenai masa depannya di kelab itu.

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu berkata, posisi Valverde bersama kelab itu akan diketahui pada Mac depan.

“Saya tidak ingat mengenai tarikh akhir tetapi tempoh ideal untuk mengetahui mengenai masa depannya adalah pada bulan Mac,” kata Bartomeu kepada stesen radio Sepanyol, Onda Cero last minggu lalu.

Disiarkan pada: September 23, 2018 @ 11:22am
d