arena

Klopp teruja

Oleh Agensi

LONDON: Juergen Klopp mengakui terkejut apabila Liverpool mencipta kejayaan baharu dengan memenangi semua enam perlawanan Liga Perdana berturut-turut, namun akur cabaran lebih besar menanti selepas ini.

Liverpool mengekalkan rentak terbaik kelab apabila meraih kemenangan keenam berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengatasi Southampton, 3-0 malam tadi.

Sebelum ini, pasukan itu tidak pernah menang tujuh perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan dalam mana-mana musim. Klopp berjaya membimbing pasukan itu meraih tujuh kemenangan berturut-turut termasuk di Liga Juara-Juara.

Pengurus dari Jerman itu berjaya meletakkan penanda aras yang tinggi ketika meraikan perlawanan ke-600, dengan mengatasi rekod musim 1961-62 apabila memenangi semua enam perlawanan awal liga.

Gol sendiri oleh Wesley Hoedt, tandukan Joel Matip serta jaringan Mohamed Salah pada babak pertama perlawanan malam tadi sudah memadai untuk menceriakan Anfield.

Minggu lalu, mereka cemerlang membenam Paris St Germain (PSG) di gelanggang sama untuk aksi Liga Juara-Juara.

“Menang tujuh perlawanan memang menarik, tetapi cabarannya semakin kuat,” kata Klopp.

“Ia mengambil masa 18 tahun untuk mengendalikan 600 perlawanan dan dalam tempoh 18 tahun lagi, ia akan menjadi ‘69’. Saya harap ketika itu, saya masih sihat,”

Klopp berkata, beliau sendiri tidak menjangkakan akan mampu memulakan rekod baharu. “Ya, ia memang mengejutkan,” katanya tersenyum.

“Dalam hidup saya, saya pernah tewas tujuh perlawanan tetapi perasaannya cukup berbeza apabila kami menang perlawanan kelapan dengan keputusan 5-0.

Ketika skuad Shankly memulakan aksi seperti ini pada musim 1962/62, mereka menang 10 kali dan seri sekali dalam 11 perlawanan.

Namun, selepas ini, cabaran besar menanti skuad bimbingan Klopp - Chelsea menunggu mereka di Stamford Bridge pada Sabtu dan menentang Manchester City, lapan hari selepas itu.

“Ya, tempoh ini akan beraksi dengan perlawanan menarik menentang City,” kata Klopp. “Ia memang menarik untuk kami, tetapi satu lagi akan datang,”

Disiarkan pada: September 23, 2018 @ 11:40am
d