arena

VAR dalam aksi Liga Juara-Juara 19/20

Oleh AFP

NYON, Switzerland: Sistem video bantuan pengadil (VAR) akan digunakan untuk saingan Liga Juara-Juara bermula musim 2019/2020, umum Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), hari ini.

VAR turut akan diperkenalkan pada kempen Euro 2020 yang akan berlangsung di 12 buah negara.

Pengumuman itu dibuat badan induk berkenaan menerusi Twitter rasmi mereka dengan menjelaskan keputusan untuk memperkenalkan VAR mendapat persetujuan sebulat suara ketika mesyuarat eksekutif.

Teknologi itu turut akan digunakan pada kempen Piala Super UEFA tahun depan selain Liga Europa bermula musim 2020-2021 dan final Liga Negara-Negara bermula 2021.

Disiarkan pada: September 27, 2018 @ 7:35pm
d