arena

Tiba masa Atletico bangkit

Oleh AFP

MADRID: Diego Simeone menggambarkan permulaan yang hambar buat Atletico Madrid di awal musim ini dan sudah tiba waktunya untuk mereka bangkit selepas Real Madrid berdepan mimpi ngeri di Seville yang mengejutkan ramai pihak di bandar itu Sabtu lalu.

Atletico sebelum itu ketinggalan tujuh mata berbanding pendahulu La Liga selepas seri dengan Eibar dua minggu lalu dan ia menimbulkan tanda tanya sama ada Atletico yang akan berdepan Real mampu untuk kembali bangkit di Santiago Bernabeu hujung minggu ini.

‘Atleti’ sebelum ini dijangka mampu merapatkan jurang defisit kepada dua mata awal Oktober ini dan merapatkan jurang besar itu dengan pendahulu ketika ini.

“Ia adalah satu amaran untuk bangkit,” kata Simeone. “Ia adalah perkara terbaik yang berlaku kepada kami.”

Namun selepas dua kemenangan berturut-turut, Atletico turun pada perlawanan Sabtu lalu dan hanya ketinggalan dua mata di belakang Barcelona yang kini berada di puncak liga dan hanya perbezaan jaringan yang memisahkan mereka dan Real yang mencatatkan keputusan seri di Athletic Bilbao sebelum dikejutkan dengan kekalahan 3-0 kepada Sevilla Rabu lalu.

“Kami perlu menang lagi,” kata Filipe Luis sementara Angel Correa menambah: “Inilah Atletico yang kami mahukan.”

Disiarkan pada: September 28, 2018 @ 12:43pm
d