arena

'Ya Pogba main'

Oleh Agensi

LONDON: Paul Pogba akan beraksi dengan Manchester United di West Ham malam ini tetapi pengendalinya Jose Mourinho menyatakan “tiada pemain yang lebih penting daripada kelab.”

Menurut Mourinho, hubungannya dengan pemain itu masih baik walaupun memutuskan untuk tidak lagi memberi lilitan kapten kepada pemain 25 tahun Perancis itu.

“Esok (hari ini) dia akan bermain. Dia sama seperti pemain lain,” kata Mourinho awal pagi tadi.

“Tidak ada pemain yang lebih penting daripada kelab. Jika saya gembira dengan usahanya dia akan bermain, jika tidak dia tidak akan bermain.

“Saya amat gembira dengan usahanya minggu ini. Dia berlatih dengan baik sekali. Pasukan memerlukan pemain yang bagus. Dia pemain yang bagus.”

Pogba dan Mourinho dilihat bertegang urat ketika sesi latihan Rabu lalu namun pengendali dari Portugal itu menafikan wujud situasi kurang menyenangkan antara mereka.

Disiarkan pada: September 29, 2018 @ 11:12am
d