arena

PSG catat 8 kemenangan berturut-turut

Oleh AFP

NICE, Perancis: Paris Saint-Germain menang 3-0 di Nice untuk menyamai rekod kemenangan awal musim liga utama Perancis itu.

Neymar, yang menamatkan permainan dengan mulut berdarah, menjaringkan dua gol untuk membolehkan PSG merakam lapan kemenangan berturut-turut dari awal musim, pencapaian yang hanya pernah dicatat sekali oleh Lille pada 1936.

“Ia sukar dipercayai kerana persiapan kami sangat sukar,” kata pengendali PSG, Thomas Tuchel. “Pasukan ini semakin baik dari masa ke masa.”

Dengan 24 mata, PSG, memburu gelaran liga ketujuh dalam tujuh musim, berupaya menamatkan saingan minggu ini dengan sekurang-kurangnya lapan mata mengatasi pesaing terdekat.

PSG hanya tewas dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini dan dengan Red Star Belgrade bertandang ke Parc des Princes Rabu ini, Tuchel merehatkan Marco Verratti dan Edinson Cavani.

“Dengan tiga perlawanan dalam seminggu, kami memerlukan taktik dan struktur untuk bermain di Nice yang cukup bagus dalam penguasaan bola. Kami perlu mengurangkan larian ketika mengejar bola,” katanya.

Christopher Nkunku turut menjaringkan gol untuk PSG.

Disiarkan pada: September 30, 2018 @ 11:04am
d