arena

'United kena bertindak!'

Oleh AFP

LONDON: Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand menegaskan kelab itu perlu membuat ‘keputusan yang penting’ mengenai masa depan pengurus, Jose Mourinho.

Kekalahan 1-3 Red Devils kepada West Ham pada Sabtu lalu menjadikan ia permulaan paling teruk mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak musim 1989-90.

Ia adalah kekalahan ketiga dalam tujuh perlawanan liga, selain disingkirkan kelab Liga Kejuaraan, Derby dalam saingan merebut Piala Carabao.

"Pasti akan ada perbincangan di pihak pengurusan tertinggi mengenai masa depan pengurus dan skuad," kata Ferdinand kepada BT.

"Terdapat perkara asas yang tidak dilakukan dan sesuatu perlu dilakukan."

Tambah Ferdinand: "Anda tidak boleh terus berada dalam situasi ini sepanjang musim - bertelagah dengan media, tidak bersatu, pemain, Mourinho dan staf kejurulatihan tidak bersama dalam bilik persalinan.

“Jika ini berterusan ia akan menjadi antara satu musim terburuk dalam sejarah kelab".

Mourinho bersama United pada 2016 dan membimbing kelab tu meraih kejuaraan Liga Europa dan Piala Liga pada musim pertamanya.

Musim lalu, mereka muncul naib juara Liga serta tewas kepada Chelsea di Piala FA.

 

 

Disiarkan pada: October 1, 2018 @ 10:40am
d