arena

Kecewa tak dapat tewaskan Bayern

Oleh Reuters

MUNICH: Jurulatih Ajax Amsterdam, Erik ten Hag meninggalkan Jerman dengan perasaan berbelah bagi selepas pasukan mudanya mencatat keputusan seri 1-1 yang tidak disangka menentang Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Ajax ketinggalan susulan tandukan Mats Hummels namun menyamakan kedudukan menerusi pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui untuk meraih empat mata daripada dua perlawanan dalam Kumpulan E dan dengan impian besar layak ke peringkat kalah mati.

Bagaimanapun Ten Hag kecewa pasukannya tidak mampu muncul kelab pertama Belanda menang di Bayern ketika mereka mencipta lebih banyak peluang.

“Dari satu segi, saya amat berpuas hati namun ini perlawanan yang sepatutnya kami menangi,” kata Ten Hag, bekas jurulatih pasukan simpanan Bayern. “Kami melakar satu pencapaian yang amat baik, sejak awal permainan lagi.

“Kami mempunyai pasukan yang bagus tapi mereka perlu lebih matang. Hakikatnya mereka mempunyai keinginan dan keazaman tinggi untuk berjaya.”

Bayern bergelut untuk mengekalkan gol pendahuluan dan kemerosotan mereka akhir-akhir ini terserlah apabila terpaksa mengekang banyak asakan Ajax.

“Bayern benar-benar bergelut dan anda boleh lihat kerana kami mengejar bola sepanjang masa,” ujar Ten Hag.

“Perlawanan sebegini meningkatkan lagi keyakinan pemain muda. Kini mereka perlu menyudahkan setiap peluang.

“Ini juga mengesahkan mengenai tahap keupayaan pasukan ini. Kami mempunyai pemain berkualiti yang boleh mencapai impian setinggi gunung.”

Disiarkan pada: October 3, 2018 @ 4:06pm
d