arena

Ronaldo nafi rogol Kathryn

Oleh AFP

LAS VEGAS: Cristiano Ronaldo hari ini menafikan tuduhan seorang bekas model Amerika Syarikat yang mendakwa dia dirogol oleh pemain bola sepak itu di sebuah hotel di sini pada tahun 2009.

Ronaldo berkata, hati nalurinya adalah jelas, namun peguam pihak lawan, Kathryn Mayorga kemudiannya membuat kata balas menyatakan yang anak guamnya sentiasa ‘konsisten’ dalam laporannya berkaitan insiden berkenaan.

Kes itu juga secara tidak langsung mengancam reputasi bintang Portugal yang juga antara pemain bola sepak terbaik di dunia.

“Saya secara tegas menafikan tuduhan yang dikeluarkan terhadap saya,” tulisnya dalam laman Twitter dalam bahasa Portugal dan Inggeris.

“Rogol adalah satu jenayah kejam yang bertentangan dengan apa yang saya percayai,” kata penyerang Juventus berusia 33 tahun itu.

“Apatah lagi saya mungkin perlu membersihkan nama sendiri, saya enggan memberi tekanan kepada tumpuan media yang dicipta oleh individu yang mahu mempromosi diri mereka menerusi diri saya,” kata Ronaldo.

“Kesedaran yang jelas daripada saya membenarkan saya menanti keputusan dan siasatan dengan penuh ketenangan,” tulisnya lagi dalam akaun Twitter miliknya, @Cristiano yang diikuti hampir 75 juta pengikut.

Bulan lalu, Mayorga, 34, dari Las Vegas, mendakwa Ronaldo dalam 32 halaman aduan di sebuah mahkamah di Nevada, dengan tuduhan pemain bola sepak itu merogolnya pada 13 Jun 2009.

Polis Las Vegas pada minggu ini berkata, mereka membuka semula kes berkenaan tetapi tidak mendedahkan mangsa atau nama pelaku.

Disiarkan pada: October 4, 2018 @ 10:15am
d