arena

Payet kembali ke skuad kebangsaan  

Oleh AFP

PARIS: Perancang Marseille, Dimitri Payet mendapat panggilan ke skuad kebangsaan Perancis semalam selepas penyerang Lyon, Nabil Fekir terpaksa menarik diri kerana masalah kecederaan pergelangan kaki.

Fekir yang juga pemenang Piala Dunia, mengalami kesakitan di pergelangan kaki kiri ketika pasukannya kalah 5-0 kepada pendahulu liga Perancis, Paris Saint-Germain.

Payet yang berusia 31 tahun, memiliki 37 kaps, terlepas kejayaan negaranya di Russia kerana turut tercedera dan kali terakhir bermain buat Perancis ketika menang 2-1 mengatasi Belarus pada kelayakan Piala Dunia setahun lalu.

Dia sudah menjaringkan lima gol dalam 11 penampilan buat Marseille dalam semua kejohanan.

Skuad kendalian Didier Deschamps akan menanti kehadiran Iceland pada saingan persahabatan Khamis ini sebelum kembali berdepan Jerman di laman sendiri dalam saingan Liga Negara UEFA pada 16 Oktober.

 

Disiarkan pada: October 9, 2018 @ 7:30am
d