arena

Benteke bedah lutut

Oleh Reuters

LONDON: Penyerang Crystal Palace, Christian Benteke disahkan sudah menjalani pembedahan kecil di bahagian lutut, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu diketepikan sejak awal September lalu, selepas menarik diri daripada skuad Belgium sewaktu aksi antarabangsa ketika itu.

"Kelab boleh mengesahkan bahawa Christian Benteke sudah menjalani pembedahan lutut kerana ia tidak dipulihkan dengan rawatan terapi."

Kata kenyataan itu lagi: "Pakar pembedahan amat gembira dengan hasilnya dan kami menjangkakan Christian akan kembali menyertai latihan tidak lama lagi. Sebarang kemas kini selanjutnya akan diberitahu kelak."

Benteke sudah membuat empat kemunculan buat Palace musim ini, namun belum gagal meledak sebarang jaringan.

Skuad kendalian Roy Hodgson itu kini menghuni tangga ke-14 liga dan kemarau kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir serta akan berdepan Everton pada 21 Oktober ini.

 

 

Disiarkan pada: October 11, 2018 @ 10:21am
d