arena

KAFA kenal pasti calon sesuai

Oleh Attirmidzie Rahman

KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) belum memutuskan dua pengganti naib presiden yang kosong sejak tiga bulan lalu.

Kongres tahunan badan induk itu hari ini sepatutnya memutuskan pengganti bagaimanapun berakhir dengan tiada sebarang pelantikan baharu susulan ketiadaan calon yang dicadangkan perwakilan Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, keputusan bagi memenuhi dua kekosongan jawatan itu akan dilakukan pada mesyuarat kali pertama ahli jawatankuasa.

“Kami sepatutnya mengadakan pemilihan dua jawatan naib presiden pada kongres hari ini susulan peletakan jawatan bekas naib presiden.

“Bagaimanapun, tiada pencalonan diterima oleh PBJ dan kami meminta supaya kongres hari ini memutuskan keputusan itu dibuat pada mesyuarat pertama Exco.

“Kami menyerahkannya kepada Exco untuk membuat pemilihan, berbincang seterusnya mengenal pasti calon yang sesuai dan layak untuk jawatan naib presiden,” katanya pada sidang media selepas Kongres Tahunan KAFA kali ke-64, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim melepaskan jawatan naib presiden pada 30 Julai lalu. Ia menyebabkan KAFA hanya mempunyai seorang naib presiden ketika ini, Nik Pakheruddin Nik Abd Kadir.

Disiarkan pada: October 13, 2018 @ 7:04pm
d