arena

Malaysian Tigers mula cemerlang

Oleh Jugjet Singh

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara memulakan kempen Trofi Juara-Juara Asia di Muscat, Oman dengan kemenangan 3-0 ke atas pemenang pingat emas Sukan Asia, Jepun hari ini.

Pada perlawanan itu, Jepun membariskan lima muka baru manakala Malaysia turut tidak dibarisi beberapa pemain utama termasuk pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abdul Rahim.

Ketiadaan Razie menyaksikan Faizal Saari menggalas tugas itu dan dia menyumbang gol pertama minit ke-3 sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil menambah gol kedua minit ke-9, juga menerusi pukulan sudut penalti.

Faizal kemudian menambah gol ketiga minit ke-51 selepas menyempurnakan pukulan penalti.

Malaysia akan bertemu tuan rumah, Oman pada perlawanan seterusnya awal pagi esok.

Disiarkan pada: October 19, 2018 @ 1:14am
d