arena

Syaidatul Afifah lepasi KPI

Oleh Jumiati Rosly

KUALA LUMPUR: Pemain boling wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi berpuas hati apabila dapat memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) diletakkannya untuk persembahannya sepanjang tahun ini.

“Bagi saya tahun ini saya sudah mencapai semua KPI saya apabila memenangi satu emas dan satu perak pada Sukan Asia (di Palembang).

“Untuk tahun ini sasaran semua sudah berjaya diperoleh namun untuk tahun hadapan masih belum ada perancangan terperinci lagi,” katanya.

Pemain yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 tahun pada Selasa ini berkata, beliau masih menjalani latihan seperti biasa dengan bakal mengakhiri saingan kempen tahun ini pada The Masters yang akan berlangsung di Sunway Megalanes pada awal Disember.

“Dalam boling ini kami tak boleh berhenti rehat, kena teruskan berlatih biarpun tidak banyak kejohanan yang tinggal.

“Bagi saya, saya beri fokus pada Kejohanan Boling Asia (di Kuwait) yang akan berlangsung Februari tahun hadapan,” katanya.

Pada temasya di Palembang Ogos lalu, Syaidatul Afifah berjaya menghadiahkan pingat emas apabila bergandingan dengan Esther Cheah dan Siti Safiyah Amirah dalam acara trio wanita serta satu lagi pingat perak diperoleh menerusi acara berpasukan wanita.

Disiarkan pada: October 19, 2018 @ 9:11pm
d