arena

Peng Soon-Liu Ying kandas di suku akhir

Oleh Fabian Peter

 

KUALA LUMPUR: Laluan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Terbuka Denmark berakhir sebentar tadi apabila tersingkir pada suku akhir.

Pasangan negara itu yang kali terakhir menang di Terbuka Amerika Syarikat pada Jun, tewas 21-14, 17-21, 21-12 kepada pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung.

Kali terakhir pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu melepasi pusingan lapan terbaik ialah di Terbuka Jepun bulan lalu.

Peng Soon-Liu Ying selepas ini akan menyertai Terbuka Perancis.

Sementara itu, satu lagi pasangan negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai akan beraksi menentang pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai lewat malam nanti.

Disiarkan pada: October 20, 2018 @ 12:01am
d