arena

City rampas takhta liga

Oleh Reuters

LONDON: Juara bertahan, Manchester City merampas kedudukan persada Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Burnley 5-0, kemenangan ketujuh yang diraih mereka daripada sembilan perlawanan.

City yang turun dengan rekod tanpa kalah mendahului pada minit ke-17 selepas Sergio Aguero menyudahkan hantaran David Silva. 

City sepatutnya menggandakan jaringan sebelum rehat jika tidak kerana persembahan cemerlang penjaga gol Burnley, Joe Hart yang menyelamatkan percubaan daripada David Silva.

Bagaimanapun, Burnley hanya mampu bertahan sehingga minit ke-54 saja apabila Bernardo Silva menghadiahkan gol kedua buat City.

Dua minit kemudian, City menambah gol lagi dan kali ini menerusi percubaan bintang Brazil, Fernandinho.

Pengurus City, Pep Guardiola kemudian membawa masuk tonggak tengah Belgium, Kevin De Bruyne yang tidak beraksi sejak perlawanan pembukaan musim ini kerana kecederaan lutut dan kemasukannya mendapat sorakan daripada penonton.

Percubaan menarik Riyad Mahrez ke penjuru atas gawang Burnley meletakkan City mendahului 4-0 sebelum Leroy Sane mengesahkan kemenangan besar pasukannya dengan gol kelima pada penghujung perlawanan.

Disiarkan pada: October 21, 2018 @ 1:04am
d