arena

Ferrari lewat atasi masalah

Oleh AFP

AUSTIN: Sebastian Vettel menyambut kembalinya Ferrari ke prestasi sebenar di Grand Prix Amerika Syarikat tetapi berkata pasukan itu mengambil masa terlalu lama untuk menyedari kesilapan dalam program pembangunannya.

Juara dunia empat kali dari Jerman itu yang menghidupkan sedikit peluang mencari gelaran apabila menamatkan saingan di kedudukan keempat di belakang pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton dari Mercedes, berkata pasukan tidak faham apa masalah dihadapi selepas menambah baik jentera mereka.

Ferrari menghentikan program terbaharu mereka dan kembali kepada jentera dengan spesifikasi lama di Circuit of the Americas dan hasilnya kemenangan pertama Kimi Raikkonen buat pasukan itu pada 2009.

Harapan Vettel untuk mengembalikan usaha mencari gelaran tercalar selepas kemalangan dengan Daniel Ricciardo dari Red Bull pada pusingan pembukaan.

Mengenai kemenangan Ferrari, katanya: “Anda boleh lihat ia berita yang bagus, tapi anda boleh juga lihat ia sebagai berita tidak bagus. Ia mengambil masa terlalu lama.

“Jika kami kembali kepada jentera yang memang kompetitif untuk tiga atau empat bulan lalu, adakah pasti ia bukan berita bagus jika anda fikirkannya?

“Bagi kami, daripada aspek teknikal, adalah penting untuk memahami apa kesilapan yang berlaku....” Katanya, tiada penjelasan mudah mengenainya.

Disiarkan pada: October 22, 2018 @ 9:36pm
d