arena

Yarmolenko rehat enam bulan

Oleh Reuters

LONDON: Tonggak sayap West Ham United dari Ukraine, Andriy Yarmolenko terpaksa berehat selama enam bulan selepas menjalani pembedahan memulihkan tendon Achilles yang cedera, kata kelab itu pada Isnin.

Yarmolenko mengalami kecederaan itu pada aksi Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan kelabnya tewas 1-0 kepada musuh setempat Tottenham Hotspur di Stadium London.

“Pembedahan Yarmolenko berjalan lancar dan kami (kelab West Ham) akan berusaha untuk memastikan dia menjalani proses pemulihan dengan baik dan memberi sepenuh sokongan kepadanya,” kata Ketua Perkhidmatan Perubatan West Ham, Richard Collinge di laman web rasmi kelab berkenaan.

“Pemulihannya akan dirancang dengan teliti dan kami yakin bahawa dia akan kembali cergas sepenuhnya dalam jangka masa yang ditetapkan.”

Ketika ini West Ham yang dikendalikan oleh Manuel Pellegrini bergelut dalam saingan liga apabila sekadar berada di kedudukan ke-14 dengan tujuh mata daripada sembilan perlawanan.

Disiarkan pada: October 23, 2018 @ 8:24am
d