arena

Tite panggil Allan

Oleh Reuters

RIO DE JANEIRO: Pemain tengah Napoli, Allan muncul antara muka baru dipanggil dalam skuad Brazil bagi aksi persahabatan menentang Uruguay dan Cameroon bulan depan, umum jurulatih Tite awal pagi tadi.

Pemain berusia 27 tahun itu dipanggil buat kali pertama dalam skuad yang turut disertai pemain tengah Guangzhou Evergrande, Paulinho, yang kembali ke pasukan kebangsaan selepas Piala Dunia, dan hanya menampilkan seorang pemain tempatan, pertahanan tengah Cruzeiro, Dede.

Tite memilih untuk melupakan khidmat pemain tempatan, kebanyakannya berpeluang untuk menang sama ada Serie A Brazil atau Copa Libertadores. Cruzeiro tidak berpeluang dalam dua pertandingan itu.

Allan, yang pernah beraksi dengan Udinese, Granada dan Vasco da Gama di Brazil, disenaraikan oleh Tite selepas dia dilaporkan menarik minat jurulatih Itali, Roberto Mancini.

“Saya patut memanggilnya lebih awal,” kata Tite kepada wartawan, menegaskan pembantunya Sylvinho mendesak beliau supaya memanggil pemain itu. “Dia berada di sini kerana dia berhak.”

Brazil berdepan Uruguay di Stadium Emirates, London pada 16 November depan sebelum menentang Cameroon di gelanggang Millwall, Stadium MK empat hari kemudian.

Disiarkan pada: October 27, 2018 @ 8:17am
d